Covid-19: Industri penerbangan dijangka pulih lebih awal

1174

Kenanga Research mengunjurkan pemulihan perjalanan udara secara berperingkat dari separuh kedua 2021 walaupun optimis industri kembali normal lebih awal daripada jangkaan dengan adanya vaksin Covid-19.

Dalam notanya hari ini, firma penyelidikan itu mengekalkan saranan neutral ke atas industri penerbangan.



Bagi suku keempat tahun kewangan 2020, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan AirAsia Group Bhd berada di bawah jangkaan.

Perolehan suku keempat tahun kewangan 2020 MAHB merosot 34 peratus berikutan penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Malaysia dan penguatkuasaan semula perintah berkurung di Turki, berkuat kuasa November tahun lalu disebabkan peningkatan kes Covid-19.

Trafik penumpang bagi operasi Malaysia susut 53.3 peratus kepada 2.1 juta penumpang berbanding 4.5 juta penumpang pada suku ketiga tahun kewangan 2020.

Bagaimanapun, Kenanga Research berkata Perjanjian Operasi (OA) yang belum ditandatangani boleh menjadi dorongan untuk pemangkin penilaian semula bagi MAHB.

“Kami yakin OA yang baharu adalah mesra pelabur dan mewujudkan pembangunan jangka panjang MAHB yang mampan, yang dijejaskan oleh Covid-19 dari segi pertumbuhan trafik penumpang di Malaysia dan Turki.

“Kami menukar penilaian daripada tahun kewangan 2021 kepada tahun kewangan 2022. Harga sasaran kami dinaikkan daripada RM6.86 kepada RM7.50,” katanya.

Kenanga Research turut mengekalkan saranan prestasi menggalakkan ke atas MAHB.

Sementara itu, firma penyelidikan itu menjangka syarikat penerbangan, termasuk AirAsia Group Bhd akan terus menghadapi keadaan operasi yang sukar sekurang-kurangnya pada separuh pertama 2021 hingga ketersediaan vaksin yang meluas, berikutan mungkin terdapat peningkatan semula jangkitan Covid-19 secara berkala.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here