KMSB kembangkan operasi CKD Kia di Malaysia, Seltos dan Carnival sebagai permulaan

1133

Kia Motors Corporation dan Bermaz Auto Berhad (BAuto) telah membentuk kerjasama strategik bagi mendorong pengembangan pengeluaran dan pemasangan kenderaan Kia di Malaysia.

Oleh itu, sebuah syarikat usaha sama yang dikenali sebagai Kia Malaysia Sdn Bhd (KMSB) akan ditubuhkan bagi merealisasikan tujuan kerjasama tersebut.



Sebagai permulaan, tiga model dirancang di bawah KMSB untuk pasaran Malaysia, iaitu Kia Seltos dan Kia Carnival, manakala model ketiga akan ditentukan kelak.

Kia berhasrat untuk menjadikan KMSB sebagai pusat pengeluaran serantau untuk kenderaan mereka di negara-negara ASEAN dan pasaran lain yang berpotensi.

Sejajar dengan rancangan pengembangan dan strategi transformasi baharu ini, Kia juga telah melantik anak syarikat BAuto, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd (DJMSB) sebagai pengedar kenderaan Kia baharu di Malaysia.

Sebagai pengedar baru, DJMSB berhak untuk mengedar dan menjual kenderaan Kia, samada CKD atau CBU, jualan alat ganti asli serta penyediaan perkhidmatan selepas jualan.

kia malaysia

Dengan kemampuan BAuto yang terbukti berjaya dalam membangunkan pasaran kenderaan di Malaysia dan Filipina serta pengalaman mereka, kami yakin kami telah meletakkan jenama Kia dengan baik di bawah kepimpinan Pengerusi Eksekutifnya, Dato Sri Ben Yeoh.” kata Tae Hun Lee, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kia Asia Pasifik.

“BAuto adalah syarikat automotif senarai awam terkenal di Malaysia. Mereka mempunyai pasukan pengurusan yang cemerlang dan rekod prestasi yang baik. Oleh itu, Kia yakin bahawa Kia JV dan Kia Distributorship akan mendorong pertumbuhan dan membawa faedah sinergi kepada kedua-dua pihak, tambahnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here