Sah! Isuzu D-Max serba baharu tiba di Malaysia penghujung April ini, harga dari RM89k

1551

Isuzu D-Max serba baharu akan mula diperkenalkan di Malaysia bermula April ini, lebih awal dari tarikh yang dijangka sebelum ini iaitu pada 2022.

isuzu d-max baharu

D-Max generasi ketiga ini tiba di tanah air hanya selepas 18 bulan diperkenalkan di Thailand.



Menurut Ketua Pegawai Operasi Bahagian Komersial Ringan Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki, pelancaran Isuzu D-Max serba baharu ini dapat dicapai melalui sokongan Isuzu Motors Ltd yang memandang Malaysia sebagai suatu pasaran yang strategik.

“Kami sangat gembira kerana Isuzu D-Max serba baharu ini telah tersedia di Malaysia lebih awal dari tarikh yang dijangkakan. Sebagai negara kelima di dunia ia membuktikan komitmen Isuzu Motors untuk memastikan bahawa pasaran Malaysia menikmati pilihan kenderaan Isuzu pilihan terbaharu,” katanya.

D-Max serba baharu hadir dengan tema reka bentuk yang lebih sporti, yang memberikan penampilan yang lebih atletik dan dinamik.

isuzu d-max baharu

Dengan dimensi keseluruhan yang lebih besar, yang merangkumi jarak roda yang lebih panjang, kabin yang lebih luas dan ruangan muatan yang lebih besar, trak pikap ini menawarkan pemandu peningkatan menyeluruh untuk keselesaan, ruang dan fleksibiliti.

Selain pilihan konfigurasi single atau double cab, trak pikap ini ditawarkan dengan Sistem Pemandu Pemandu Lanjutan (ADAS) yang tersedia dalam varian terpilih dan dua pilihan enjin iaitu janakuasa 1.9 liter RZ-4E dan enjin 3-liter 4JJ-3TCX yang dikaji semula.

Isuzu D-Max serba baharu yang akan membuat penampilan sulung pada akhir bulan ini, dan dianggarkan berharga antara RM89,000 hingga RM145,000 bergantung pada model yang tertakluk kepada kelulusan kerajaan.

Untuk maklumat lanjut, lawati halaman Facebook Isuzu D-Max di https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/ 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here