Nissan Patrol Nismo 2021 dengan 428hp, khas untuk pasaran Timur Tengah

1117

Nismo yang popular dengan model 370Z dan GT-R kini telah menaik taraf satu lagi ‘ahli keluarga’ mereka iaitu Nissan Patrol.

nissan patrol nismo

Nissan Patrol Nismo 2021 diperkenalkan pada acara dalam talian yang dihoskan di Expo Dubai 2020, dan hanya akan dipasarakan khas untuk Timur Tengah. Secara keseluruhan, model ini merupakan versi yang lebih baik dari sabelumnya.



SUV ini dikuasakan oleh enjin V8 5.6-liter naturally aspirated yang mampu menjana 428hp dan 560Nm tork.

nissan patrol nismo

Dari segi penampilan, SUV ini disertakan dengan kit badan yang lebih sporti, dimana bampar hadapan menampilkan ruang kemasukan udara yang kelihatan lebih agresif dan besar, serta rekaan gril baharu.

Bahagian belakang pula disertakan dengan bampar yang besar, diffuser dengan lampu brek seperti Formula 1, ekzos yang lebih sporti, dan spoiler lebih besar.

nissan patrol nismo

Beberapa ciri keselamatan turut disediakan, termasuk sistem brek kecemasan pintar dengan pengesan pejalan kaki, amaran perlanggaran hadapan, bantuan lampu tinggi, cermin pandang belakang pintar dan penyerap hentak dari Bilstein.

Patrol Nismo 2021 juga disediakan dengan roda 22-inci, serta garisan merah pada bahagian bawah dan pilihan empat warna iaitu White Pearl, Black Solid, Silver dan Grey.

Untuk ruangan dalam pula, SUV ini menampilkan stereng dengan balutan Alcantara, selain kemasan warna merah dan gentian karbon pada ruangan kabin. Kemudahan pengecas tanpa wayar turut disediakan, bersama soket USB dan Apple CarPlay.

Nissan Patrol Nismo 2021 akan dilancarkan di Timur Tengah mulai April ini, pada harga USD105,000 (RM435,487).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here