Hyundai perkenalkan program kesetiaan pelanggan, tawar potongan percuma secara eksklusif!

1112

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) kini memperkenalkan dua program kesetiaan baharu selepas jualan iaitu i-Care Plus dan Loyalty Card. Kedua-dua program ini menawarkan potongan percuma secara eksklusif kepada para pelanggan Hyundai.

program hyundai

Program Hyundai i-Care Plus khas hanya untuk kenderaan yang berusia empat tahun keatas, dan pengguna boleh mendaftar program ini di mana-mana pusat perkhidmatan Hyundai yang sah di seluruh Malaysia.



Dengan bayaran hanya RM20, pengguna akan menerima enam baucar diskaun yang akan menawarkan potongan sebanyak 10 peratus dalam bahagian terpilih, dan potongan 5 peratus untuk caj buruh, selain dua botol minyak enjin percuma dan penapis minyak.

program hyundai

Program ini tersedia dalam tempoh yang terhad pada 1 April, dan ianya sah selama 35 bulan dari tarikh pembelian.

Untuk Loyalty Card, pengguna akan diberi hak istimewa secara eksklusif yang disertakan secara automatik kepada mana-mana pengguna Hyundai. Keistimewaan ahli Hyundai ini merangkumi promosi bulanan eksklusif, seperti disakaun sebanyak 20 peratus untuk produk KLIMA Fresh dan BlueChem untuk bulan April.

program hyundai

Dalam jangka masa panjang, kemungkinan besar lebih banyak keistimewaan akan ditawarkan, seperti potongan bulan selepas perkhidmatan selepas jualan, potongan harga barang dagangan Hyundai dan nilai tukar yang lebih tinggi apabila anda membeli kenderaan Hyundai baru yang lain. 

Pengguna Hyundai sedia ada boleh mendaftar Loyalty Card di mana-mana Pusat Perkhidmatan Hyundai yang sah di seluruh negara dan memeriksa kemas kini promosi melalui laman web rasmi Hyundai iaitu www.hyundai.com.my.

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini atau produk dan perkhidmatan Hyundai yang lain, boleh menghubungi Hyundai di talian 1300-13-2000 atau melayari laman web www.hyundai.com.my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here