Romain Grosjean bakal berpeluang pandu jentera F1 Mercedes 2019

1302

Romain Grosjean akan berpeluang memandu jentera yang digunakan oleh Lewis Hamilton semasa memenangi kejuaraan Formula 1 pada tahun 2019, Mercedes W10 pada bulan depan.

Romain Grosjean

Selepas Grosjean terlibat dalam kemalangan yang hampir membawa maut di Grand Prix Bahrain pada November tahun lepas, Toto Wolff mengatakan dia akan memberi peluang kepada pelumba Perancis itu peluang untuk memandu salah satu jentera Formula 1 pasukan Mercedes kerana tidak mahu karier Grosjean diakhiri dengan kemalangan ngeri itu.



“Saya sangat teruja untuk kembali memandu jentera Formula 1. Ini akan menjadi peluang istimewa bagi saya dan memandu jentera Mercedes yang pernah memenangi kejuaraan ialah suatu pengalaman yang unik,” kata Grosjean.

Romain Grosjean

“Saya sangat berterima kasih kepada Mercedes Formula 1 dan Toto atas peluang itu. Kali pertama saya dengar mengenai peluang memandu Mercedes adalah di tempat tidur hospital saya di Bahrain ketika Toto bercakap dengan media dan membuat jemputan. Membaca berita itu menggembirakan saya,” tambahnya.

Romain Grosjean

Grosjean akan berada di ruangan kokpit Mercedes W10 untuk menyelesaikan beberapa pusingan demonstrasi di Grand Prix Perancis pada 27 Jun. Dia kemudian akan menikmati hari ujian persendirian di Litar Paul Ricard pada 29 Jun.

“Kami sangat gembira menyokong Romain Grosjean dengan peluang istimewa itu. Idea ini pertama kali muncul ketika dia kelihatan akan menamatkan kariernya di Formula 1, dan kami tidak mahu kemalangannya menjadi saat terakhirnya di sebuah jentera Formula 1,” kata Wolff.

Romain Grosjean

Setelah keluar dari pelumbaan Formula 1 pada akhir musim 2020, Grosjean kini berlumba dengan pasukan Dale Coyne Racing di IndyCar Series.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here