Upgrade Lamborghini Urus anda dengan pelbagai kit gentian karbon baru

1463

Lamborghini kini memperkenalkan banyak pilihan gentian karbon untuk model Urus, yang akan menjadikan SUV tersebut kelihatan lebih garang.

gentian karbon lamborghini urus

Dihasilkan oleh Lamborghini Accessori Originali, kemasan gentian karbon ini melibatkan beberapa komponen pada bahagian luaran seperti cermin sisi, splitter hadapan, ruang kemasukan udara, skirt sisi, spoiler belakang, ruangan logo belakang, diffuser, dan penutup rim.



Penutup enjin dengan kemasan gentian karbon juga boleh dipesan, dimana ianya hadir dengan jalur yang dicat dengan warna bendera Itali. 

Selain itu, kemasan gentian karbon juga disediakan pada ruangan dalam, yang merangkumi beberapa bahagian iaitu scuff plate, papan pemuka, dan konsol tengah.

Walaupun Lamborghini belum mengumumkan butiran harga kemasan gentian karbon ini, wang mungkin tidak akan menjadi masalah besar bagi mereka yang mampu membeli Urus baharu.

gentian karbon lamborghini urus

Untuk makluman, Lamborghini Urus mula dijual dengan harga sekitar RM1 juta di Malaysia ketika pertama kali diperkenalkan, dan dikuasakan oleh enjin V8 4.0-liter twin-turbo yang mampu menghasilkan sehingga 640hp.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here