Laku keras! Jualan Isuzu D-MAX naik dua kali ganda, lebih 1,200 unit sebulan

1420

Jualan Isuzu D-Max serba baru di Malaysia telah melonjak dengan kadar 100 peratus peningkatan untuk tempahannya sejak ia mula diperkenalkan.

Ini juga sekaligus mencerminkan fenomena global yang menyaksikan kenaikan ketara permintaan terhadap trak pikap terbaru yang sarat penambahbaikan ini.



Purata tempahan dalam sebulan yang diterima kini lebih daripada 1,200 unit bagi model terbaru ini sejak ia dilancarkan pada April tahun ini, mencatatkan lonjakan berbanding purata bulanan sebelum ini yang hanya 500 unit.

Corak sama turut dikongsi bersama pasaran lain seperti Australia, New Zealand dan Thailand yang menyaksikan pertumbuhan jualan juga semakin tinggi.

Pelanggan meminatinya disebabkan oleh rekaan sporty dan segar, aspek ergonomik yang diperkaya serta kejuruteraan yang diperkemas padanya.

“Fenomena D-Max serba baru ini yang melanda beberapa pasaran adalah sesuatu yang membanggakan,” ujar Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki.

“Dengan rekaan menarik, tambahan ciri baru dan ciri dipertingkatkan padanya serta reputasi Isuzu yang sudah terbukti turut sama menyumbang untuk meyakinkan pelanggan agar beralih ataupun menaik taraf kepada model D-Max terbaru ini,” katanya.

Varian 1.9-liter Premium (Auto) menjadi pilihan utama dengan hampir 36 peratus pembeli memilihnya.

Menawarkan kapasiti enjin paling rendah dalam pasaran dan tetap mampu memberi prestasi memberangsangkan, model 1.9-liter Premium ini sangat popular di Malaysia kerana ramai yang ingin memanfaatkan kadar cukai jalan yang lebih rendah.

Malahan, 61 peratus daripada jualan adalah dari Semenanjung, mengubah corak tradisional dengan nisbah 60/40 yang mana bahagian besar tersebut biasanya disumbangkan oleh pasaran Malaysia Timur.

Model flagship terbaru — X-Terrain — dikuasakan oleh enjin 3.0-liter yang dipertingkat dan menawarkan lebih banyak penambahbaikan sekaligus prestasi lebih baik juga menjadi pilihan di kalangan pembeli di seluruh negara.

Ia mengisi 17 peratus daripada jumlah keseluruhan. Walaupun dengan kadar cukai jalan lebih mahal, lebih separuh daripada jualan X-Terrain datangnya dari Semenanjung.

Pelanggan menghargai kelebihan penawaran yang ada padanya seperti Advanced Driving Assistance Systems (ADAS) dan ciri keselesaan, kehalusan serta kabin intuitif, rekaan sporty dan menonjol serta pengendalian yang cekap baik di atas jalan berturap mahupun offroad, menjadikannya pilihan bagi pelanggan yang ingin memenuhi aspek gaya hidup.

Untuk mengetahui lebih lanjut, pengalaman augmented reality (AR) ada disediakan untuk pelanggan yang boleh ditinjau dari rumah pada bila-bila masa, dengan selamat.

Lihat perincian Isuzu D-Max serba baru di pickuptruck.isuzu.net.my atau https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here