Hankook terpilih jadi pembekal rasmi tayar Audi e-tron GT

1164

Hankook baru-baru ini secara rasmi menjadi rakan kongsi untuk kereta elektrik (EV) terbaharu Audi, iaitu e-tron GT.

Dengan kerjasama ini, tayar Hankook yang dibangunkan khas untuk EV, Ventus S1 evo3, dipilih sebagai tayar rasmi untuk kereta itu.



Tayar berukuran 225/55R19 XL 103Y dipasang pada roda depan, sementara saiz 275/45R19 XL 108Y dipasang pada roda belakang.

Ventus S1 evo3 EV sebelum ini telah melalui pelbagai penambahbaikan teknikal, bagi membolehkan prestasi Audi e-tron GT itu dapat dioptimakan.

Untuk menyokong Audi e-tron GT, corak permukaan tayar Ventus S1 evo3 telah disesuaikan khas bagi mengurangkan kebisingan hingga sekitar 3dB.

Hal ini sangat penting kerana dengan EV yang tiada bunyi enjin, maka bunyi permukaan tayar pada jalan akan kedengaran lebih kuat, dan mungkin mengganggu pemanduan.

Selain itu, untuk menampung tekanan tinggi yang dihasilkan oleh EV, tayar ini menggunakan teknologi dipanggil bead-packing dan ketegaran lateral tinggi untuk memberikan pengendalian yang tepat walaupun pada kelajuan tinggi.

Dengan ciri-ciri sebuah jentera Grand Turismo seperti Audi e-tron GT, tayar adalah komponen penting untuk memberikan keselesaan pemanduan walaupun untuk jarak jauh.

Hankook juga telah mengoptimakan proses pemvulkanan untuk sebatian tayar Ventus S1 evo3 EV berdasarkan aplikasinya untuk mencapai keseimbangan antara suhu, masa dan tekanan.

Hasilnya, ketahanan Ventus S1 evo3 EV adalah sekitar 30 peratus lebih baik daripada tayar biasa.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here