Pemandu BMW 3-Series ditahan pandu lebih had laju, menyangka berada dalam litar

3390

Polis Australia telah menyaman seorang pemandu BMW 3-Series kerana melanggar had laju hampir dua kali ganda di litar jalanan popular negara itu.

gambar hiasan

Mount Panorama Circuit yang terletak di Bathurst, New South Wales biasa menganjurkan perlumbaan seperti Bathurst 1000 dan Bathurst 12 Hour.

Ia memang sebuah litar jalanan, tetapi di luar waktu perlumbaan, Mount Panorama Circuit ini merupakan jalanraya awam. Jadi, ia tertakluk kepada had laju iaitu 60km/j.



Hujung minggu lalu, pihak polis telah melakukan rondaan penguatkuasaan had laju di sepanjang jalan itu dan telah berjaya menahan sebuah BMW 320i. Pemandu itu memandu melebihi had laju iaitu pada 119 km/j.

Ketika ditahan, dia memberikan alasan bahawa dia menyangka berada dalam litar lumba. Dia malah dikenakan saman sebanyak AU$2,560 (RM8,046) kerana melanggar had laju.

Selain itu, pemandu malang ini juga dikenakan penolakan sebanyak enam mata dimerit, lesen memandu digantung selama enam bulan, dan nombor pendaftaran BMW yang dipandu disita selama tiga bulan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here