UMW Toyota ke arah elektrifikasi, bakal keluarkan hibrid baharu di Malaysia

576

Dengan sejarah 52 tahun pengeluaran kenderaan Toyota di Malaysia, UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini mengumumkan arah tuju tersebut kini diselaraskan dengan perancangan penting untuk masa depan industri automatif di negara.

Mereka merancang menjadi pelopor bagi usaha neutraliti karbon bagi merintis jalan terhadap pengeluaran massa kenderaan hibrid elektrik (HEV) di sini.

Untuk menjadikannya kenyataan, TMC telah memberikan komitmen untuk mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050 melalui kaedah praktikal dan mapan.

Turut menjadi sebahagian daripada perancangannya adalah untuk mengeluarkan barisan lengkap kenderaan emisi rendah melalui pelan elektrifikasi kenderaan.

Toyota Prius Prime 2021

Selain daripada kenderaan elektrikfikasi, banyak lagi usaha lain yang sedang dalam perancangan untuk mengurangkan pembebasan karbon dan untuk mengatasi kesan pembebasan karbon dioksida (CO2) di dalam semua proses yang terlibat dalam kitaran pengeluaran, pengangkutan, operasi, bahan api atau pengecasan serta kitar semula bahkan pelupusan kenderaan.

“Ini merupakan waktu yang menarik bagi industri automotif Malaysia, dan UMW Toyota Motor bersedia untuk menjadi pelopor kepada impian ini,” ujar Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

Jom Baca:   Pengubahsuaian semula Toyota Supra 2020 untuk SEMA

“Untuk mencapainya dengan penyelesaian paling realistik, praktikal dan segera adalah melalui teknologi dan kenderaan hibrid elektrik Toyota.”

“Pengeluaran massa dan penerimaan yang semakin berkembang terhadap kenderaan hibrid elektrik (HEV) akan membawa kepada perubahan eko-sistem keseluruhan automotif di Malaysia.”

HEV akan pacu masa depan

Sebaga pelopor kenderaan elektrik, Toyota telah menjual sebanyak 17 juta kenderaan hibrid elektrik (HEV); kenderaan hibrid elektrik plug-in (PHEV), kenderaan bateri-elektrik (BEV) serta kenderaan elektrik fuel-cell hidrogen (FCEV) di seluruh dunia.

Sumbangan terkumpul Toyota untuk pengurangan CO2 adalah bersamaan dengan 17 juta kenderaan yang telah membawa kepada pengurangan 140 juta CO2 atau sekitar 1.5 juta kenderaan penumpang konvensioanal setahun bagi tempoh 20 tahun.

Pada April tahun ini, Toyota mengumumkan strategi kenderaan elektrik yang akan membawa kepada pengenalan 15 kenderaan bateri-elektrik (BEV) menjelang 2025, termasuk kenderaan yang dikuasakan oleh fuel-cell hidrogen elektrik, bateri-elektrik dan hibrid elektrik, ke arah menawarkan kepelbagaian pilihan kepada pelanggan.

Jom Baca:   Pusat pengedar Toyota di Cyprus masih dalam keadaan baik setelah ditinggalkan 46 tahun

Untuk memanfaatkan visi ini, UMW Toyota Motor akan melaburkan sejumlah RM270 juta lagi di Malaysia untuk memperluaskan operasi dan kemudahan pengeluaran sedia ada. Termasuk di dalam jumlah ini adalah pengenalan generasi kenderaan teknologi termaju bagi HEV.

Bagi pembeli di Malaysia, pengeluaran tempatan HEV Toyota akan diterjemahkan ke dalam peralihan era baru permotoran, yang menyediakan capaian kepada teknologi terkini dan paling inovatif, pada tahap harga praktikal dan berpatutan kepada khalayak yang lebih meluas.

“Dengan masa masih diperlukan untuk elektrifikasi penuh, teknologi HEV sudah bersedia ketika ini dan prasarana sedia ada juga membolehkannya untuk digerakkan dalam skala yang lebih besar,” jelas beliau.

Kilang canggih dan maju di Bukit Raja, Shah Alam

DCIM100MEDIADJI_0172.JPG

Dengan matlamat untuk menjadi pelopor usaha neutraliti karbon di Malaysia, pelaburan baharu UMW Toyota Motor ini adalah tambahan kepada pelaburan terdahulu bernilai RM2 bilion yang digunakan untuk pembinaan kilang di Bukit Raja.

Jom Baca:   10 fakta ringkas Toyota Corolla Cross Hybrid CKD, harga jualan bermula RM136,550

Dianggap sebagai sebuah kilang Toyota paling moden dan termaju serta cekap di Asia, kemudahan di Bukit Raja menjadi pendahulu selari dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab automotif serantau bagi kenderaan cekap tenaga (EEV).

Jejak sekitar kilang berkenaan termasuk pemasangan panel solar 2MW serta kemampuannya untuk mengumpul dan mengitar semula 156 kubik meter air hujan.

Ia juga mendahului dengan menampilkan pembebasan terendah bagi sebatian organik meruap (Volatile Organic Compound) di Asia dengan pemasangan pengoksida suhu regeneratif (Regenerative Thermal Oxidiser).

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K menambah, “Matlamat akhirnya bukanlah hanya disandarkan kepada kenderaan dengan elektrifikasi, tetapi untuk mencapai neutraliti karbon dan sifar pembebasannya dari segenap aspek, dari menghasilkan kenderaan yang lebih bersih untuk berada di atas jalan dan menanggapi proses pengeluaran, hinggalah kepada membantu mencipta kesedaran yang lebih meluas terhadap perlindungan alam sekitar.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here