Setelah menunggang 500,000km selama 24 tahun, akhirnya bapa ini temui anak yang diculik

2318

Seorang bapa sanggup menunggang ratusan ribu kilometer untuk bertemu semula dengan anaknya yang diculik 24 tahun lalu. Bayangkan dari rambutnya hitam kini menjadi putih. 

Guo Gangtang yang berusia 51 tahun merentasi 24 wilayah di China dan menunggang sehingga 500,000km dalam usaha pencarian itu.



Kerja keras yang konsisten itu membuahkan hasil yang mana akhirnya dia menemui anaknya Gao Xinzhen.

“Saya berjumpa dengan anak saya dan selepas ini hanya ada kebahagiaan. Dia juga baik dan melayan saya dengan bagus,” katanya. 

bapa 24 tahun

Gao Xinzhen diculik pada usia dua tahun di depan rumah mereka di bandar Liaocheng, wilayah timur Shandong yang kemudian dijual ke wilayah Henan pada 1997.

Pencarian berakhir apabila keputusan ujian DNA Jun lalu mengesahkan remaja lelaki yang ditemuinya itu adalah anaknya yang dicari selama ini.  Akhirnya keluarga berkenaan bertemu dalam suasana yang pilu. 

Dalam proses pencarian itu, Guo Gangtang dikatakan perlu menggantikan 10 buah motosikal yang rosak.

Walaupun selalu ada harapan bayi itu akan ditemui, tetapi kebanyakan bayi yang disyaki anaknya itu tidak sepadan dengan ujian DNA. Tetapi Guo Gangtang tidak putus harapan. 

Selain itu, pihak polis juga berjaya menahan suspek penculikan dan dia mengakui menculik Guo Xinzhen ketika berusia dua tahun.

Kisah Guo Gangtang mencari anaknya  dan membantu keluarga mangsa penculikan difilemkan pada 2015 yang bertajuk Lost and Love.

Filem itu dibintangi pelakon popular Andy Lau yang mencerminkan masalah penculikan kanak-kanak. Setiap tahun ribuan kanak-kanak China hilang dari ibu bapa mereka.

Setelah berita mengenai pertemuan Guo dengan anaknya dikeluarkan, Andy Lau menyiarkan video ucapan tahniah kepada Guo Gangtang.

“Saya sangat mengagumi kegigihan anda dan ingin memberi penghormatan kepada usaha Kementerian Keselamatan Sosial juga,” kata pelakon popular itu. 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here