Imej Honda Supra GTR Facelift (2022) bocor?

3880

Kemunculan imej Honda Supra GTR Facelift (2022) yang mirip abang besar Honda CBR1000RR-R ini membuatkan ramai peminat roda dua penasaran. 

Namun, imej yang bocor itu bukanlah versi baharu yang bakal keluar melainkan hanya imej janaan komputer hasil tangan ahli digital.



Bagaimanapun perubahan dlakukan tampil garang hasil garapan Julak Sendie Design. Imej render Honda Supra GTR 150 R itu memiliki rekaan asas dari Honda Winner X Vietnam.

Sayangnya model berkenaan tidak dipasarkan di Indonesia kerana itulah Julak Sendie melakukan imej render. Pemasangan komponen menggunakan produk dari jenama papan atas yang boleh dilihat menerusi suspensi terbalik (USD) Ohlins.

Rimnya pula menggunakan jenama Oz Racing berwarna emas yang kemudian digabungkan dengan brek Brembo radial monoblock 8-piston di kiri dan kanan tayar. Menjadikan rekaan semakin garang, muka depan menerima muncung acah Honda CBR 1000RR-R. 

Kemudian pemasangan lampu depan CBR1000RR-R Fireblade lengkap dengan ram udara. Pada bahagian hendal, visor asli digantikan dengan jenis lutsinar agar menyerlahkan penggayaan lumba. 

Pelana pula ditambah dengan penutup jenis tunggal. Tidak ketinggalan turut tersedia winglet dan madgad depan lebih besar serta kowl bawah yang lebih panjang.

Tayar yang lebar di depan dan belakang dipadankan dengan ekzos Akrapovic selain pelindung enjin OEM. Rekaan luar biasa itu terlihat garang dan sporty namun ia hanyalah sebatas imej render. Tetapi mungkin boleh dijadikan rujukan idea buat kaki modifikasi. 

 
GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here