[Video] Penumpang tren bawah tanah terperangkap air separas pinggang di China

1838

Banjir besar yang melanda tengah China sejak malam tadi dilaporkan meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa (sehingga berita ini ditulis). 

Situasi itu turut menyebabkan laluan tren bawah tanah tergendala dan penumpang terpaksa mengharungi air setinggi paras pinggang di dalam gerabak.

Perkhidmatan kereta api bawah tanah di wilayah Henan itu dibanjiri air selepas hujan lebat menyebabkan tebing sungai pecah.



Dalam video yang tular di media sosial itu menunjukkan penumpang tren bawah tanah di Zhengzhou berdiri dalam takungan air berlumpur, menunggu untuk diselamatkan.

Perkhidmatan kereta api ditangguhkan, sementara lebuh raya pula ditutup dan penerbangan ditangguh atau dibatalkan.

Agensi berita tempatan Xinhua melaporkan puluhan orang awam terbunuh dalam bencana banjir itu manakala lebih 100,000 orang terpaksa melarikan diri ke tempat selamat.

Dalam kenyataan berasingan yang disiarkan di akaun WeChat rasmi, pegawai pemerintah memberi amaran kepada penduduk agar tinggal di rumah atau di tempat selamat dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini.

Selain itu, laporan kaji cuaca turut menggambarkan fenomena itu merupakan yang terburuk dan paling ekstrem direkodkan sejak 1,000 tahun yang lalu.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here