Letak pelamin tengah jalan utama, jentolak, ambulans, lori kambing lalu macam biasa

1643

Majlis perkahwinan di Kabupaten Kuningan, Jawa Barat, Indonesia tular di media sosial apabila pelaminnya dilintasi pelbagai jenis kenderaan seperti jentolak, lori angkut kambing dan ambulans. 

Menerusi rakaman video di laman Instagram @noey.arasima, pelamin pasangan pengantin yang didirikan betul-betul berhadapan jalan utama menjadikan laluan tersebut dibuka kepada semua kenderaan untuk lalu-lalang.



Pemilik video yang juga jurugambar majlis perkahwinan, Nur berkata, ramai yang menyangka video itu palsu dan mengatakan ia merupakan majlis pandu lalu.

“Sebenarnya, majlis perkahwinan itu bukan pandu lalu tetapi pelamin pengantin didirikan di depan jalan utama.

“Maka keluarga tidak mampu menghalang laluan kenderaan termasuk jentolak, ambulans dan lori pengangkut kambing ketika majlis berlangsung,” katanya.

Tambah Nur, dia tidak menyangka rakaman itu akan menjadi tular kerana tujuan asal hanyalah merakam suasana majlis secara spontan.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here