Utama Berita Automotif Polis tahan pemilik Land Cruiser pandu mengundur, beri alasan masalah teknikal

Polis tahan pemilik Land Cruiser pandu mengundur, beri alasan masalah teknikal

697
Semalam kami ada mengeluarkan artikel berkaitan satu video viral sebuah kereta Land Cruiser Cygnus dipandu secara mengundur.
 
Rupanya pemilik kenderaan utiliti sukan (SUV) tersebut sudahpun ditahan pihak polis pada Ahad lalu selepas didapati memandu kereta secara mengundur.
 
 
Pemilik memberi alasan kenderaan berkenaan mengalami kerosakan kotak gear pada masa itu yang menyebabkan dia terpaksa memandu secara mengundur.
 
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, suspek, 44  ditahan di bandar Sandakan bersama kenderaan pacuan empat roda Land Cruisernya.
 
Jelasnya tindakan sedemikian membahayakan pemandu dan pengguna jalan raya lain. 
 
Selepas video berkenaan tular, pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis (IPD) Sandakan bertindak pantas menyiasat kesahihan video tersebut.
 
“Hasil siasatan, kejadian itu memang benar berlaku di persimpangan lampu isyarat Bandar Kim Fung jam kira-kira jam 10 pagi.
 
“Susulan itu, polis berjaya mengesan kenderaan serta pemandu,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Isnin lalu.
 
“Kes disiasat dibawah Sek 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana memandu secara melulu dan merbahaya,” katanya.
 
Tiga kilp video Land Cruiser tersebut tular di media sosial yang dikesan di beberapa lokasi berbeza di Bandar Sandakan.
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here