AirAsia tangguh bayaran gaji pekerja hingga September

1818

Bangkok post melaporkan syarikat penerbangan Thailand AirAsia (TAA) akan menangguhkan semua penerbangan yang dijadualkan bulan ini.

Gambar Hiasan

Selain itu, TAA juga akan menangguhkan pembayaran gaji pekerja bulan ini sehingga September.

Thailand AirAsia (TAA) merupakan salah satu syarikat penerbangan yang dianggap “gah” dan merupakan syarikat penerbangan domestik paling kukuh juga boleh berdepan masalah kewangan.



Oleh kerana pandemik Covid-19 bermula awal tahun lalu menyebabkan statistik penumpang berkurang. Malah terpaksa menghentikan semua penerbangannya selepas sekatan dikenakan susulan penularan varian Delta.

Menurut kenyataan rasmi, TAA menyatakan tiada penerbangan akan dilakukan buat sementara waktu bagi mengelak kerugian memandangkan usaha mendapatkan pinjaman adalah sia-sia.

Tambahannya, TAA mengumumkan penangguhan keseluruhan atau sebahagian gaji kakitangan. Ia merupakan salah satu ikhtiar bagi meringankan bebanan kos yang ditanggung syarikat.

Untuk kakitangan eksekutif, gaji pada bulan Julai akan dibayar pada September. Manakala kakitangan bahagian operasi yang masih bertugas pada bulan Julai akan dibayar 50 peratus pada bulan ini (Ogos) dan selebihnya pada bulan September.

Dan kru penerbangan pula akan menerima 25 peratus sahaja daripada gaji mereka pada bulan September.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here