Seorang wanita cedera parah dihempap pintu pagar dan Proton Saga

1976

Tiada tempat yang selamat walaupun rumah sendiri. Ini yang berlaku di Taman Luyang, Kota Kinabalu, Sabah apabila sebuah Proton Saga tiba-tiba merempuh pagar rumah lalu menghempap seorang wanita.

Mangsa berumur 41 tahun merupakan seorang pembantu rumah cedera parah dihempap pintu pagar besi dan kereta yang merempuh rumah majikannya. 



Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.25 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta hilang kawalan yang melanggar pagar rumah kemudiannya menghempap seorang wanita.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah diberikan rawatan awal oleh pasukan ERMS sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Bagaimanapun pemandu Proton Saga seorang lelaki berumur 47 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Katanya, enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) bergegas ke lokasi kejadian dan mereka terpaksa menggunakan alat pemotong khas bagi mengalihkan pagar besi tersebut. 

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here