Utama Berita Automotif Berita Tempatan Saham Sime Darby meningkat 1.0 sen selepas kerjasama dengan Porsche AG

Saham Sime Darby meningkat 1.0 sen selepas kerjasama dengan Porsche AG

1136

Saham Sime Darby Bhd di Bursa Malaysia meningkat pada awal dagangan Rabu, selepas pengumuman berita pembukaan kilang Porsche di kemudahan Sime Darby Kulim, Kedah.

Susulan kerjasama tersebut, kaunter saham Sime Darby naik 1.0 sen kepada RM2.37 dengan 2.79 juta sahamnya saling berpindah tangan.



Sime Darby menyatakan kerjasama itu akan membolehkan syarikat itu memasang kenderaan mewah berkenaan bagi pasaran Malaysia yang mana pengeluaran akan bermula tahun depan. 
 
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata usaha pemasangan oleh syarikat itu akan tetap melalui standard dan proses terperinci sebagaimana dipraktikkan oleh pihak di Eropah.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here