HLYM perkenal tiga warna baharu MT-15 (2021), sampai kedai harga lain

274

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan warna dan grafik baharu bagi model Yamaha MT-15 (2021).

Tiga warna tersebut adalah hitam, biru dan kelabu. Harga kekal tidak berubah yang mana harga cadangan pihak pengilang ialah RM11,988 (tidak termasuk insurans, cukai jalan dan nombor pendaftaran).

Menurut HLYM, setiap pembelian MT-15 akan diberikan kunci cakera brek Yamaha percuma bernilai RM100.

Naked bike tersebut dilengkapi dengan enjin 155cc SOHC penyejukan cecair silinder tunggal yang menghasilkan kuasa 19hp @ 10,000rpm dan tork 14.7Nm @ 8,500rpm.

Enjin dengan sistem pancitan bahan api (FI) itu didatangkan dengan transmisi manual 6-kelajuan. Tidak ketinggalan, HLYM turut menawarkan klac Assist & Slipper.

Keselesaan tunggangan diserahkan pada suspensi fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang bersama brek cakera tunggal 282mm dengan kaliper 2-piston (depan) dan cakera tunggal (belakang).

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here