Jualan Perodua meningkat 102 peratus pada September

1132

Penghantaran kenderaan Perodua meningkat sebanyak 102 peratus iaitu 14,160 unit pada bulan September berbanding 6,988 unit pada bulan Ogos.

Situasi berkenaan didorong oleh penambahbaikan bekalan secara berperingkat walaupun masih belum sepenuhnya.

Zainal Abidin Ahmad

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata pihaknya akan terus berusaha bersama pembekal dan pengedar untuk meningkatkan keselamatan dan produktiviti.



“Kami mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang terus bersabar kerana kami kini sedang meningkatkan pengeluaran dan memastikan kenderaan dihantar secepat mungkin,” katanya.

Sehingga September (2021), Perodua sudah menjual 119,093 unit kenderaan berbanding 145,012 unit pada tempoh sama tahun lalu. 

Pada suku kedua dan ketiga (Julai dan September) tahun ini, jualan merosot sebanyak 44.6 peratus kepada 21,803 unit berbanding 39,381 antara April dan Jun  tahun ini.

Suku keempat tahun ini dijangkakan lebih baik berbanding sebelumnya hasil peningkatan ketara dalam pengurangan kes Covid-19 di seluruh negara serta kadar vaksinasi yang menghampiri 90 peratus populasi orang dewasa Malaysia.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here