JMC Vigus Pro 4×4 trak pikap kedua paling laris China bakal lancar di Malaysia

1877

Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM) bakal mempelbagaikan portfolio kenderaannya selepas dilantik oleh Jiangling Motors Co Ltd (JMC) sebagai pengedar rasmi trak pikap JMC Vigus Pro 4×4 di Malaysia.

Kerjasama antara ATM dan JMC dimeterai selepas menandatangani perjanjian Perlesenan Teknologi Kenderaan pada 1 Julai 2020 yang mana ATM diberi hak mengilang, memasang dan menjual trak pikap tersebut serta alat ganti dan komponen berkaitan di Malaysia.



ATM merancang menawarkan JMC Vigus Pro menerusi 13 cawangan jualan dan servis di seluruh negara.

Trak pikap berkenaan didatangkan dengan enjin 2.0 liter TDI 4-silinder turbo diesel VGT yang menghasilkan kuasa 139hp @ 3,600rpm dan tork 340Nm @ 1,500rpm-2,600rpm.

Penghantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi  transmisi automatik ZF 8-kelajuan dengan mod manual bersama sistem 4WD BorgWarner dengan mod 2H, 4H dan 4L.

Di atas kertas model tersebut menawarkan penjimatan bahan api sehingga 7.8l/100km. Ciri peralatan lain yang ditawarkan termasuklah Rear Differential Lock daripada Eaton dan kamera undur untuk memudahkan urusan parkir. 

Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd, Tan Keng Meng berkata pihaknya bersedia memperkenalkan pesaing baharu dalam segmen trak pikap.

“Trak pikap JMC Vigus Pro 4×4 yang bergaya dan berteknologi tinggi ini sudah membuktikan keupayaannya di pasaran China. Kami tidak sabar untuk berkongsi produk baharu ini dengan peminat trak pikap di seluruh Malaysia,” katanya.

Sebagai makluman, JMC merupakan jenama kedua paling laris dalam segmen trak pikap di China bertahun-tahun lamanya. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here