Pemilik ini ‘mandi bunga’ kereta baru beli, katanya elak musibah

3052

Masih ada segelintir masyarakat hari ini yang percaya kepada perkara ‘karut’ mahupun amalan turun-temurun nenek moyang sebelum ini. 

Misalnya mandi bunga, sebelum ini kita hanya mendengar amalan tersebut dilakukan untuk menaikkan seri ataupun aura wajah. 



Bagaimanapun, baru-baru ini video yang dimuat naik di TikTok @ekaa*** menunjukkan seorang wanita memandikan sebuah kereta dengan air campuran bunga supaya ia selamat digunakan. 

Tujuan tersebut, kononya untuk mengelak musibah seperti kecurian, kemalangan, kerosakan dan sebagainya.

BACA>>Gara-gara patung Halloween, seorang lelaki disiasat polis disyaki menculik

Video itu menunjukkan seorang wanita menyiram keretanya dengan air campuran tujuh jenis bunga. Orang ramai yang menonton video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai pendapat di ruangan komen.

BACA>>Gara-gara ikut aplikasi Google Maps, sebuah trak pikap terjunam ke dalam sungai

“Musyrik, puan. Lebih baik puan bersedekah kepada anak yatim dan berdoa sebelum memulakan perjalan, insyaAllah selamat.”

“Kereta milik dia (wanita itu), yang memandikannya pun dia. Kita hanya lihat sahaja.”

“Jika di daerah saya, kereta akan dimandikan dengan mandian bunga, motosikal juga begitu.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here