Tular penunggang nyaris maut gara-gara kon penghadang jalan, Datuk Ayob beri amaran pada kontraktor

1929

Baru-baru ini, seorang penunggang motosikal nyaris maut dalam satu kemalangan selepas terlanggar kon pengadang jalan yang bergerak secara tiba-tiba.

BACA>>Trak muatan kondom bernilai RM300k dibawa lari perompak



Kejadian yang berlaku pada jam sekitar 2 pagi itu dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan yang menunjukkan penunggang motosikal berusia 28 tahun itu terjatuh sebelum hampir dirempuh sebuah lori di Jalan Kempas Lama-Seelong.

Justeru itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberi peringatan kepada kontraktor penyelenggaraan jalan untuk memastikan setiap kon penghadang jalan yang digunakan perlu diletakkan pemberat. 

BACA>>[Video] Bengkel dari neraka, bayar RM12k suruh baik pulih namun kereta tinggal rangka

“Sehubungan itu, saya beri peringatan kepada semua kontraktor terlibat dalam kerja penyelenggaraan jalan raya, pastikan kon yang diletak mesti berisi sama ada air atau pasir, agar kon itu tidak bergerak, dia statik.

“Lepas ini kita akan ambil tindakan kepada pihak yang cuai. Saya tidak mahu bila sudah berlaku sesuatu insiden baru hendak ambil tindakan, sudah banyak insiden yang berlaku sebelum ini dan ia perlu dijadikan pengajaran,” katanya.

Kon yang mempunyai ciri–ciri keselamatan mestilah kukuh, tidak mudah berubah kedudukannya, tahan rintangan angin dan dapat berdiri semula walaupun dilanggar. Selain itu, ia juga sesuai dengan tahan dengan pelbagai cuaca sama ada hujan, kabus, jerebu, panas dan juga malam.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here