Terkandas di Gurun Simpson, keluarga ini menunggu empat hari untuk diselamatkan

1739

Pasangan Perth Ori dan Lindsey Zavros, bersama dua anak kecil mereka terkandas di Gurun Simpson selama empat hari apabila campervan yang dinaiki terbenam dalam lumpur susulan hujan lebat. 

Campervan keluarga tersebut terkandas kira-kira 150km dari timur laut Oodnadatta, dan awalnya dijangkakan akan lebih lama terkandas kerana laluan tempatan dan sebahagian kawasan sekitar ditenggelami air banjir.



Namun, sebelum terkandas pasangan tersebut mengaktifkan peranti kecemasan EPIRB pada pagi Jumaat yang dihantar kepada pasukan penyelamat. 

Zavros berkata mereka sekeluarga sudah berbulan mengembara merentasi Australia dan memasuki Gurun Simpson tanpa menyedari keadaan bahaya yang menanti.

Keluarga berkenaan diselamatkan menggunakan helikopter dan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. 

“Ia agak sukar tetapi kami berjaya melaluinya. Kami bimbang akan terperangkap di sana selama beberapa minggu dalam keadaan cuaca panas,” kata Zavros.

Sebuah pesawat Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menemui kenderaan yang tersangkut itu, dan menjatuhkan telefon satelit serta bekalan makanan kepada mereka dari udara. 

Bagaimanapun, cuaca buruk dan banjir di kawasan itu melambatkan usaha menyelamat dan mereka juga diberitahu boleh terkandas sehingga dua minggu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Travel family – Trucking OZ (@trucking.oz)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here