Pakar: Tiada masalah guna pesawat usia lebih 25 tahun

1986

Pesawat yang sudah melebihi usia 25 tahun masih boleh digunakan jika penyelenggaraan mengikut jadual ditetapkan Pengilang Peralatan Asal (OEM).

Ketua Penyelidik Penerbangan Mencari Dan Menyelamat Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT), Prof Madya Mejar Bersekutu (PA) Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata, OEM biasanya akan melakukan analisis berterusan dan memberi nasihat kepada pelanggan jangka hayat sebuah pesawat.



Pesawat yang berusia 25 tahun masih boleh lagi digunakan jika penyelenggaraannya adalah optimum dan mengikut syarat penyenggaraan jangkaan. 

Sebagai contoh di Jepun tentera mereka masih menggunakan pesawat pejuang F-4 Phantom keluaran 1960-an kerana masih berada pada tahap yang baik disebabkan ia diselenggara dengan optimum.

Jelas Mohd Harridon, jika ingin menambah tempoh penggunaan pesawat, lazimnya pelanggan akan berbincang dengan OEM.

“Kedua-dua pihak akan menilai data penggunaan pesawat dari segi kehausan, corak dan kekerapan penerbangan, jadual penyelenggaraan dan sebagainya untuk membuat keputusan menambahkan hayat pesawat,” katanya.

Mengulas mengenai pesawat yang lebih 25 tahun sama ada perlu diganti atau tidak, Mohd Harridon berkata, ia bergantung kepada risk appetite yang dikehendaki yang mana perlu ada keseimbangan dalam pertahanan negara dan penggunaan teknologi terkini.

“Jika kita menjurus kepada polisi pertahanan yang komprehensif, mungkin aplikasi penggunaan teknologi terkini adalah solusinya yang mana pembelian pesawat baharu dapat memberi kita teknologi penerbangan terkini,” ujarnya.

Mengenai pesawat Hawk pula lazimnya dilengkapi dengan G meter yang merekodkan daya G pesawat dan analisa data dari G meter itu membolehkan pengguna sedikit sebanyak merungkai daya yang dialami pesawat itu sepanjang penerbangan bagi memetakan corak penerbangan.

“Ini membolehkan kita mendapatkan gambaran yang sebenar akan kejadian yang berlaku itu (pesawat terhempas),” katanya.

Katanya, ada kemungkinan perlu membuat analisa yang mendalam terhadap data pesawat Hawk itu dan sejarah kemalangan pesawat itu supaya dapat mencari pola atau corak pesawat itu supaya ‘kecelaruannya’ dapat dirungkai.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here