Isuzu D-Max – ‘Thai Pickup Look’

4179

Budaya ubah suai trak pikap konsep Thailand, sebenarnya sudah lama menyerap masuk di Malaysia.

Boleh dikatakan sudah ramai kaki-kaki modifikasi tempatan cuba membawa budaya itu ke negara ini.

Kedai after market produk dan aksesori untuk ubah suai berkonsep trak pikap Thailand pun boleh dikatakan agak bersepah.



Justeru itu, semakin banyak kenderaan modifikasi konsep Thailand yang boleh di jalan raya di negara kita seperti Isuzu D-Max dalam keluaran kali ini.

Untuk makluman anda, Isuzu D-Max yang anda lihat ini adalah model keluaran 2016. Terima kasih kepada Adam Photography berkongsi gambar ini kepada kami.

Bagaimanapun, ia sudah dinaik taraf dengan kit badan dengan model facelift keluaran 2021 untuk muka hadapan, manakala 2021 bagi bahagian belakang.

Apa yang pemiliknya berkongsi dengan Motoqar.com, pemilihan konsep trak pikap Thailand kerana ia lebih cantik dan banyak aksesori yang ditawarkan.

Selain itu, penampilan luarannya cukup menawan dengan beberapa komponen gentian karbon yang digunakan terutama pada bonet dan spoiler belakang.

Apa yang lebih penting, ia direndahkan seolah-olah seperti kereta sedan dengan menggunakan suspensi Super-J Dari Thailand, selain menggunakan rim 18 inci. 

Dari segi spesifikasi enjin, Motoqar.com senaraikan apa yang dilakukan terhadap rangkaian kuasa itu.

  • Enjin Stock 4JK1 VGS
  • Nozzle Denso 947
  • Intercooler set BRD thailand
  • Klac BRC Racing
  • Ecu Remap oleh Jan Garage Kulim (tunetech)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here