Lelaki rampas beg tangan wanita selepas kena langgar, ditahan polis

1867

Seorang lelaki berusia 56 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 14.6 Lebuhraya Persekutuan dari arah Klang ke Kuala Lumpur.

Kejadian tersebut tular di media sosial apabila lelaki berkenaan bertindak merampas beg tangan hitam pemandu BMW yang merupakan seorang wanita. 



Difahamkan lelaki berkenaan bertindak sedemikian apabila pemandu wanita tersebut melanggar keretanya sebuah Proton Gen 2 dan menyebabkan dia melanggar kereta di depannya sebuah Honda HRV. 

Video berdurasi 1 minit 29 saat itu menunjukkan lelaki berkenaan bertindak turun dari kenderaan dan memarahi serta meminta kad pengenalan wanita berkenaan. Oleh kerana wanita itu enggan menuruti, dia bertindak mengambil beg tangan wanita tersebut yang berada dalam kereta. 

Wanita itu yang terkejut dengan perbuatan pemandu Gen2 itu meminta memulangkan beg tangannya namun rayuan itu tidak dihiraukan.  

Bagaimanapun, insiden tersebut tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59. Selain itu,  polis turut membuka kertas siasatan berhubung tindakan lelaki berkenaan mengikut Seksyen 379/323 Kanun Keseksaan.

Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat kemalangan diminta menghubungi Pen. Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Sjn Hafizi bin Hashim ditalian 013-9557042 bagi membantu siasatan.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here