Polis siasat video helikopter terbang rendah ketika perarakan pengebumian

2471

Polis sedang menyiasat sebuah rakaman video yang tular di laman sosial, yang menunjukkan sebuah helikopter terbang rendah untuk perarakan pengebumian di sekitar pekan Ipoh.

Difahamkan, perarakan tersebut menggunakan khidmat helikopter dan kuda untuk mengiringi pengebumian mayat seorang pemilik kedai pakaian tradisional India tertua di Little India Ipoh.



Menerusi video berdurasi 30 saat itu, dapat dilihat sebuah helikopter terbang rendah dan menabur bunga mengiringi perarakan itu. Perarakan turut disertai beberapa individu yang dilihat menunggang kuda dikatakan dari rumah mendiang ke tempat pengebumian.

Namun, siasatan sedang dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya wujud sebarang kesalahan, sama ada mereka mempunyai permit mengadakan perarakan dan termasuk pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

 
“Mengikut SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebarang aktiviti perarakan adalah tidak dibenarkan.

“Yang kedua adakah mereka mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk melakukan penerbangan rendah,” kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here