Lelaki warga asing berbogel panjat lori acah Spiderman, sakit mental!

2533

Tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang lelaki dipercayai warga asing memanjat bahagian depan sebuah lori acah Spiderman dalam keadaan bogel.

Kejadian yang berlaku di jambatan Kampung Baru di Pekan Batu 14 Puchong, Selangor itu  terjadi ketika trafik sesak.



Menerusi video tersebut, dapat dilihat lelaki itu memanjat bahagian depan sebuah lori dan berpaut pada lori berkenaan walaupun ketika kenderaan bergerak. 

Waktu kejadian, pengguna jalan raya turut menghubungi pihak berkuasa bagi membantu memujuk lelaki dan warga asing itu berjaya ditahan oleh beberapa penunggang motosikal selepas terbaring di atas jalan raya.

Lelaki itu dibawa ke balai polis sebelum dirujuk ke hospital untuk dinilai kesihatan mentalnya. Bagaimanapun, lelaki yang dipercayai warga Bangladesh yang tiada dokumen pengenalan diri itu disahkan mengalami masalah kesihatan mental dan kini berada di wad psikiatri untuk rawatan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here