Tular lesen B2 dinaikkan hingga 500cc, ini penjelasan JPJ

3517

Baru-baru ini timbul kekeliruan mengenai Kelas Lesen Memandu yang menyatakan bahawa lesen B2  dinaikkan daripada 250cc kepada 500cc, namun masih belum diketahui kesahihannya.

Seperti diketahui, kategori lesen bagi motosikal mempunyai tiga jenis kategori lesen iaitu B2 yang tidak melebihi 250cc, B1 tidak melebihi 500cc dan B melebihi 500cc. 



Bagaimanapun, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan kenyataan terkini mengenai maklumat tersebut dengan menegaskan bahawa tiada sebarang perubahan terhadap Kelas Lesen Memandu sedia ada, ketika ini.

“Sehingga kini penetapan kelas lesen memandu B2 masih kekal sebagai Motosikal Tidak Melebihi 250cc.

“Jabatan ini memandang serius perkara ini dan menyeru kepada orang ramai agar merujuk ke laman web dan media sosial rasmi JPJ sebelum mempercayai sebarang info yang tular.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here