Ini model CKD Kia Malaysia perlu anda tunggu bermula tahun depan…

1130

Sebelum ini, jenama Kia di pasaran tempatan sedikit perlahan dan kurang mendapat perhatian dalam kalangan pengguna. 

Justeru itu, Kia berazam untuk menawan kembali pasaran tempatan menerusi pengenalan model-model baharu yang lebih menarik dan pihak pengurusan baharu.

Kia Carnival

Terkini, Kia Malaysia mendedahkan empat model pemasangan tempatan (CKD) yang bakal lancar di Malaysia bahkan akan dieksport ke negara jiran.



Model yang dinyatakan adalah Kia Carnival, Sorento, Sportage dan Niro. MPV Carnival bakal menjadi model pertama dipasang di kilang Kia Malaysia pada April 2022. 

Difahamkan harga jualan MPV tersebut bermula  RM196,340 seunit dan sebagai permulaan akan ditawarkan dengan pilihan 11 kerusi manakala tujuh dan lapan tempat duduk akan ditawarkan kemudian. 

Kia Sorento

Carnival dikuasakan enjin 2.2 liter diesel turbo Smartstream generasi baharu yang menjana kuasa 199hp dan tork 440Nm bersama kotak gear automatik 8-kelajuan. 

SUV Sorento pula akan menyusul selepas Carnival dan masih belum dapat dipastikan janakuasa yang bakal diterima pasaran tempatan. 

Model Sportage pula akan mula dipasang di kemudahan Kia Malaysia bermula 2023. Pasaran tempatan akan menerima enjin ICE dan hibrid setahun kemudian. 

SUV kompak itu tampil dengan rekaan serba baharu menerusi penggunaan lampu Matrix LED, lampu DRL LED berbentuk boomerang dan lampu belakang LED. 

Kia Niro

Lebih menarik, Kia Malaysia juga akan membawa masuk model Niro tahun sama dengan kemunculan Sportage. 

Penampilan Niro generasi terbaharu hadir dalam tiga versi, Hybrid, Plug-In Hybrid Electric Vehicle (PHEV), dan Battery Electric Vehicle (BEV).

Kehadiran Niro juga menandakan keseriusan Kia dalam langkah menuju masa depan bahkan banyak komponen serta bahagian daripada kereta menggunakan bahan dasar yang mesra alam. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here