[Video] Lelaki mengamuk pecahkan cermin Axia isteri ditahan polis

1891

Semalam, tular sebuah video berdurasi 26 saat di media sosial memaparkan seorang lelaki yang bertindak di luar kawalan apabila merentap cermin Perodua Axia isterinya sehingga pecah.

Tindakan lelaki berusia 30 tahun tersebut mengundang padah selepas ditahan pihak polis dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan. 



Perbuatan lelaki itu sempat dirakam isterinya yang berusia 24 tahun, dan dimuat naik di Facebook memberitahu mereka dalam proses bercerai dan sudah tidak duduk sebumbung sejak April lalu.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan menuju ke tempat kerja di Lorong Panglima, Jalan Teluk Wanjah. Suaminya yang menunggang motosikal Honda Wave menahan kereta mangsa dan mengetuk cermin kereta penumpang depan beberapa kali menyuruh mangsa membuka tingkap.

Suspek memberi alasan ingin memberikan wang kepada anak mereka namun isterinya hanya membuka sedikit menyebabkan suspek tiba-tiba merentap cermin berkenaan sehingga pecah dan tercabut.

Suspek ditahan pada hari sama sejurus selepas kejadian dan direman empat hari bermula semalam sehingga 17 Disember ini untuk membantu siasatan. Bagaimanapun, hasil ujian saringan air kencing mendapati, lelaki itu negatif dadah.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here