Toyota dedahkan 15 model konsep EV pelbagai segmen

1155

Baru-baru ini, Syarikat gergasi automotif Jepun, iaitu Toyota telah mendedahkan 15 buah model berkonsepkan kenderaan eletrik (EV) sepenuhnya yang bakal menjadi model pada masa hadapan jenama tersebut termasuk Lexus.

Pelancaran kereta konsep terbesar dalam sejarah itu bakal menawarkan pelbagai segmen, menurut Presiden Toyata syarikatnya bakal melancarkan 30 model-model BEV menjelang 2030 nanti, dan mensasarkan untuk menjual sebanyak 3.5 juta BEV sepanjang tempoh berkenaan.



Sebahagian daripadanya adalah berdasarkan model sedia ada, iaitu model SUV bZ4X yang telah pun didedahkan sebelum ini dan disahkan akan mula dijual dalam pasaran bermula tahun hadapan.

Terdapat juga beberapa kenderaan serba baharu berdasarkan senibina khusus e-TNGA yang bakal melahirkan beberapa buah model seperti SUV besar dengan tiga baris tempat duduk, SUV coupe kompak, SUV segmen B dan sedan saiz pertengahan dengan jarak kelegaan tanah yang tinggi.

 

Selain itu, Lexus juga turut mendedahkan empat model BEV dengan unit rangkaian kuasa elektrik penuh. Model SUV EV pertama yang bakal Lexus lancarkan adalah Lexus RZ yang dilihat merupakan versi produksi kepada model konsep LF-Z Electrified.

Lexus juga turut membawakan sebuah kereta sports dua pintu yang disasarkan boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 2 saat, serta menggunakan bateri jenis solid yang mampu memberikan jarak gerak sejauh 700 km. Dua lagi model adalah sedan sport dan SUV bersaiz besar yang belum disertakan dengan nama.

Manakala, Toyota turut mempamerkan barisan model kenderaan komersial seperti e-Palette, mid box, Compact Cruiser EV dengan elemen rekaan FJ Cruiser, trak pikap elektrik bersaiz Hilux/Tacoma dengan penggayaan Tundra serta dua buah SUV yang masing-masing bersaiz kecil dan sederhana.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here