‘Lori hantu’ bantu pindahkan mangsa banjir di Banting

3703

Ketika kecil kita sering ditakutkan dengan kisah lori hantu. Selain itu, lori hantu ini sering dilihat digunakan di kuari, kawasan pembalakan dan tapak pembinaan. 

Namun, kali ini lori hantu digunakan untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir yang terperangkap di Bandar Seri Ehsan, Banting. Difahamkan dalam operasi itu dua buah lori hantu digunakan untuk mengangkut penduduk. 



Menerusi perkongsian di Facebook, Widyana Ali dua buah lori hantu tersebut berjaya masuk ke kawasan kampung berkenaan selepas difahamkan bot tidak dibenarkan masuk kerana keadaan merbahaya. 

Penduduk serta orang ramai, tidak henti-henti menzahirkan rasa syukur apabila berjaya keluar ke tempat lebih selamat selepas terperangkap sejak banjir melanda Jumaat lalu.

Selain lori hantu, lori JPAM juga digunakan untuk membawa keluar penduduk kawasan tersebut. Dengan bantuan lori hantu itu mempercepatkan proses pemindahan penduduk sekitar. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here