Bangkai pesawat MH370 didakwa dikesan di Kemboja?

13886

Sejak kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines, MH370 pada Mac 2014, banyak teori muncul daripada pelbagai pihak mengenai kehilangan pesawat berkenaan.

Sejak itu pelbagai teori muncul dan terkini Andre Milne dari Unicorn Aerospace dan pasukannya percaya misteri kehilangan MH370 bakal terungkai menerusi hasil penelitian dan penyelidikan mereka.



Berdasarkan laporan penyiasatan yang diperolehi, Milne mendedahkah satu imej satelit yang disifatkannya sebagai ‘kesan MH370 terhempas’ jauh di dalam hutan di Kemboja.

Dia memberitahu kepada Express.co.uk, imej satelit itu sudah pun dirujuk kepada pihak di Pentagon dan White House serta bercadang untuk melaksanakan misi pencarian menggunakan helikopter pada awal tahun depan. 

Komunikasi terakhir pesawat itu direkodkan di Laut China Selatan, kira-kira 38 minit sejurus berlepas dari lapangan terbang. Data radar menunjukkan MH370 dilencongkan dari laluannya dan hilang kira-kira 200 batu nautika di barat laut Pulau Pinang.

Namun, Milne percaya pesawat itu terhempas di Kemboja selepas menyatakan ada bukti menunjukkan isyarat ‘ping’ terakhir pesawat itu dikesan di negara tersebut.

“Dua pasukan sudah dibentuk untuk melaksanakan misi pencarian pesawat itu dan terus terang saya katakan, hampir mustahil untuk sampai ke lokasi nahas dengan berjalan kaki.

“Sehubungan itu, kami akan menggunakan dron pengawasan bagi mengesahkan tapak nahas sebelum menghantar helikopter peninjau,” kata Milne.

Menurut Milne, selepas membuat perbandingan gambar sebelum dan selepas dia yakin imej satelit yang dirakam itu merupakan lokasi nahas MH370 berdasarkan saiz pesawat dan kesan terhempas.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here