Cycle & Carriage tawar diskaun 25 peratus jumlah bil baiki Mercedes-Benz yang terjejas banjir

833

Cycle & Carriage mengumumkan bantuan kepada pelanggan untuk memeriksa atau membaiki kereta Mercedes-Benz yang rosak akibat banjir berikutan hujan lebat pada hujung minggu.

Bantuan bantuan itu termasuk:

● Potongan 25 peratus daripada jumlah bil pembaikan untuk kereta Mercedes-Benz yang terjejas banjir.



●  Tunda kenderaan percuma.

●  Penilaian percuma untuk kos pembaikan.

  •  Pelan ansuran faedah 0 peratus untuk sebarang kos berkaitan pembaikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage, Wilfrid Foo berkata, pihaknya menyedari kesukaran yang dialami oleh pelanggan dalam menangani situasi yang tidak dijangka itu.

“Kami berharap bantuan ini akan menawarkan bantuan segera kepada pelanggan kami yang terjejas akibat banjir,” katanya.

Keterangan lanjut, anda boleh melayari https://www.ccb.mercedes-benz.com.my atau https://www.facebook.com/cyclecarriagemy/ atau berhubung dengan perkhidmatan pelanggan Cycle & Carriage pada 1800-22-8000.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here