Tragedi 10 maut, pemandu treler mengaku tidak bersalah pandu secara merbahaya

2107

Pemandu treler yang terlibat kemalangan di lorong kecemasan Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menyebabkan kematian 10 individu di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

Mohd Rafi Jaafar, 37 memakai baju T berwarna kelabu dan merah membuat pengakuan itu  di depan Majistret Nur Faizah Abdul Sani.

Foto Sinar Harian

Mengikut pertuduhan yang dibaca secara berasingan, bapa kepada tiga anak itu didakwa sebagai pemandu lori treler jenis Hanvan memandu kenderaan tersebut secara berbahaya  sehingga berlaku kemalangan dan mengorbankan 10 nyawa.



Kesalahan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, jika sabit kesalahan.

Selain itu, lesen boleh digantung dan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tiga tahun dari tarikh sabitan.  

Dalam kejadian 18 Disember lalu, 10 individu maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta dan sebuah treler.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Norul Naziah Buyong, 37, dan lapan anaknya iaitu bayi lelaki berusia 10 bulan, Muhammad Raid Fathi Abd Razak, Puteri Nur Ain Syalwana Abd Razak, 3; Muhammad Hidayat Hakimie Abd Razak, 7; Muhamad Rolkaizat Rezky Abd Razak, 9; Muhamad Aizat Syazwan Abd Razak, 10; Puteri Hidayah Abd Razak, 12; Razatul Aliah Abd Razak, 16; Muhamad Razarul Amin Abd Razak, 17.

Seorang lagi yang maut ialah mekanik Mohamad Rahimibin Rolex berusia 27 tahun. Sementara, mangsa yang cedera suami kepada Norul Naziah dikenali sebagai Abd Razak Majit, 50; dan sepupu mereka Mimie Nafiesa Abdullah, 19; Ihyat Sufi Shokip serta Ummi Nasuha Annuwar masing-masing berusia 20 tahun.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here