Baru berusia 26 tahun, sudah miliki koleksi 20 buah hypercar McLaren, Ferrari, Koenigsegg

48259

Seorang lelaki menarik perhatian komuniti dalam talian di China, kerana memiliki koleksi kereta mewah yang bernilai puluhan juta ringgit. 

Lelaki tersebut ialah Tran Tieu Nam, atau lebih dikenali sebagai Lan. Walaupun usianya masih muda, iaitu 26 tahun, Lan merupakan pemilik kereta mewah yang terkenal di wilayah Fujian.

Lan difahamkan memiliki kira-kira 20 buah kereta mewah, antaranya adalah dua buah hypercar Koenigsegg Agera R, Ferrari LaFerrari, McLaren P1. Selain itu, Lan dikatakan memiliki dua buah lagi Koenigsegg, namun tidak diketahui model yang mana.

Jom Baca:   Kekasih tayang garaj koleksi kereta Ronaldo bernilai RM96 juta

Untuk makluman, Koenigsegg Agera R dikuasakan oleh enjin V8 5.0-liter twin-turbo yang mampu menghasilkan sehingga 1,124hp pada 7,100 rpm dan 1,200Nm tork pada 4,100 rpm.

Jentera ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.8 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 439km/j.

Sementara itu, Ferrari LaFerrari berharga USD3.5 juta (RM14.4 juta), dan McLaren P1 pula bernilai USD2 juta (RM8.2 juta).

kereta mewah
McLaren P1 dan Ferrari LaFerrari

Selain hypercar rare tersebut, Lan juga difahamkan masih memiliki supercar lain, iaitu Lamborghini Aventador SV, Lamborghini Aventador SVJ, Ferrari 488 GTB, Rolls-Royce Ghost, Aston Martin, Bentley, Maybach dan Maserati.

Jom Baca:   McLaren bina P1 GTR berkonsepkan jentera F1 yang dipandu Ayrton Senna pada 30 tahun lalu

Tidak seperti kebanyakan pemilik kereta mewah muda di China yang berasal dari keluarga kaya, Lan dan isterinya hanya orang biasa-biasa sahaja.

kereta mewah

Kedua-duanya boleh menjadi kaya kerana kejayaan mereka dalam dunia perniagaan dalam talian. Pasangan muda ini dikatakan memiliki aset hingga USD150 juta (RM620 juta).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here