Kapal bawa 1,100 Porsche dan kereta mewah lain terbakar di lautan Atlantik

843

Kapal yang membawa kereta Porsche, Audi dan Bentley dari Jerman ke Amerika Syarikat terbakar berhampiran pantai kepulauan Azores Portugal di lautan Atlantik.

Berita itu dimaklumkan oleh jurucakap pembuat kereta Volkswagen, kelmarin dengan Kira-kira 1,100 Porsche dan 189 Bentley berada di kapal itu.

Pada masa sama, Volkswagen Group tidak mengesahkan jumlah keseluruhan kereta di dalamnya dan berkata ia sedang menunggu maklumat lanjut.

Kapal itu berada kira-kira 200 batu dari Pulau Terceira di Azores, wilayah pulau Portugis, apabila tentera Portugis bergerak masuk pada hari Rabu untuk memindahkan anak kapal.

Jom Baca:   Mercedes-AMG perli Porsche atas rekod Nurburgring

Dalam satu kenyataan tentera laut Portugal, seramai 22 anak kapal selamat dipindahkan Rabu lalu ketika kebakaran berlaku dan tiada yang cedera.

Audi, satu lagi jenama Volkswagen, mengesahkan beberapa kenderaannya turut berada di kapal berkenaan, namun tidak menyatakan berapa banyak atau menjelaskan kerosakannya.

The Drive, sebuah laman web automotif, melaporkan bahawa Kumpulan Volkswagen menganggarkan hampir 4,000 kenderaan berada di dalamnya, termasuk 189 Bentley.

Gambar yang dikongsi oleh pihak berkuasa maritim Portugal di laman webnya Rabu lalu menunjukkan asap berkepul-kepul dari kapal.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here