Bosku: Harga kos tag RIFD bawah RM1, kalau tak mahu beri percuma jual saja RM5

3342
Isu tentang Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) masih hangat sehingga hari ini, bermula dari penyebab kepada kesesakan lalu lintas, kereta terpaksa mengundur, sehinggalah ke PLUS Malaysia menutup komen di laman sosial Facebook mereka.
 

Terkini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan kos pelekat RFID tersebut di bawah RM1 sekeping.

Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, Najib mempersoalkan harga RM35 yang dikenakan pihak pengeluar bagi sekeping pelekat RFID.
 
“Kos sticker RFID pasif biasanya bawah RM1 sekeping. Jadi, kenapa pula dijual pada harga RM35?.
 
“Adakah syarikat Touch n Go atau PLUS akan memberi rebat bagi pemilik SmarTAG yang tidak berfungsi lagi sekiranya plaza tol beralih sepenuhnya kepada sistem RFID?,” katanya.
 

Tambahnya, pelekat RFID sepatutnya diberi percuma kepada setiap pelanggan Touch n Go kerana kosnya rendah dan sebelum ini ia diberi percuma dari 2018 hingga Februari 2020.



Namun katanya, bermula 15 Februari 2020, pelekat berkenaan dijual pada harga RM35 sekeping.

Selain itu, beliau menjelaskan Syarikat Touch n Go dimiliki oleh Bank CIMB, Ant Group dari China, syarikat insurans AIA Group dan firma pelaburan Bow Wave Capital dari New York.

Pada hantaran berasingan, Najib memberitahu syarikat Touch N Go sudah bernilai RM3 bilion yang mana Bank CIMB memperolehi keuntungan tambahan sebanyak RM1.16 bilion pada tahun lalu susulan kenaikan nilai syarikat Touch N Go.
 
“Jika tidak mahu beri percuma lagi, turunkanlah harganya ke RM5. Fokuslah pada perniagaan teras iaitu e-wallet saja. Bukan melalui keuntungan melampau melalui penjualan sticker,” katanya.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 
 
 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here