TMJ kongsi foto bersama Ducati Panigale V4 SP, jentera pengeluaran dengan spesifikasi trek

7917

Terkini, TMJ berkongsi foto bersama sebuah Ducati Panigale V4 SP di laman Instagram yang mungkin antara koleksi terbaharunya. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HRH Crown Prince of Johor (@hrhcrownprinceofjohor)

Menerusi foto itu, Tunku Ismail menulis kapsyen ringkas  “Be a game changer. The world is full of players.” Perkongsian tersebut mendapat 195,000 like dan 893 komen. 



Superbike tersebut diperkenalkan sekitar 2020 dan dilengkapi dengan kit lumba untuk litar dengan penutup cermin sisi aluminium, pemegang nombor pendaftaran dan gad klac.

Ia juga dibezakan dengan kehadiran elemen gentian karbon pada sayap sisi, madgad serta set rim. Sementara grafik Panigale V4 SP dipengaruhi unit jentera uji musim sejuk MotoGP.

Superbike tersebut dikuasakan enjin 1,103cc Desmosedici Stradale V4 90 darjah yang menghasilkan kuasa 214hp @ 13,000rpm dan tork 124Nm @ 9,500rpm. Harga jualan untuk Panigale V4 SP 2021 bermula dari AS37,000 (RM154,900).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here