PDRM guna ‘In-Car Radar’ dan iCOPS kesan kereta lebih had laju dan pesalah trafik

1587

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempraktikkan penguatkuasaan alat pengesanan had laju ‘In-Car Radar’ di sepanjang lebuh raya dalam Op Selamat 17, sempena sambutan Tahun Baharu Cina bermula Jumaat (28 Januari) hingga 6 Februari depan. 

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata teknologi itu akan digunakan sebagai tambahan kepada operasi penguatkuasaan biasa untuk mengesan kenderaan yang  melebihi had laju yang ditetapkan di lebuhraya. 



Pada Op Selamat, pihak PDRM akan menggunakan alat ‘Intelligent Compound Online Payment System’ (iCOPS) bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai saman tertunggak dan waran tangkap trafik.

“Ini termasuk kenderaan yang terbabit dalam kes jenayah seperti kenderaan curi, klon dan sebagainya.

“Kedua-dua peralatan ini amat membantu dalam menyimpan serta membina profil kenderaan secara sistematik bagi rekod analisa PDRM, pada masa kini dan depan,” katanya.

Operasi berkenaan dilaksanakan dengan dua objektif utama iaitu mencegah jenayah pecah rumah dan meminimumkan kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here