10 gambar kegilaan modifikasi trak di Jepun

1723

Jepun antara negara yang terkenal dengan kepelbagaian kumpulan dan budaya kereta tersendiri. Mereka terkenal dengan sikap obses terhadap semua aspek yang ada pada sesebuah model dari dalam atau luar negara.

Berbeza dengan tempat lain yang mempunyai kecederungan ataupun minat terhadap sesuatu model sahaja, namun di Jepun kenderaan berat turut terlibat dalam modifikasi.



Bahkan anda tidak akan dapat melihat sentuhan kustom sedemikian di Malaysia. Nah, kami senaraikan 10 dekotora iaitu singkatan daripada dua perkataan iaitu “Decoration Truck” yang biasa dijumpai di Jepun.

  1. Siapa sangka penambahan kit badan tambahan ini akan bersinar pada waktu malam seolah kenderaan perarakan berhias. 

2. Bukan sekadar trak bersaiz besar, dekotora turut melibatkan lori kecil.

3. Apabila berkumpul, tentunya akan menarik perhatian ramai dengan hiasan aksesori tambahan krom yang berkilat seolah Transformer. 

4. Dekotora yang menjadi perhatian untuk bergambar

5. Walaupun dimodifikasi, fungsi asal tetap dipertahankan.

6. Kabin tampil mewah acah hotel lima bintang lengkap dengan candelier dan pemilihan material baldu pada bumbung, papan pemuka dan kerusi.

7. Jika dekotora berkumpul, ia kelihatan seperti robot

8. Selain modifikasi luaran yang extravaganza, pemilik juga memilih lukisan atau tulisan untuk disematkan pada badan jentera yang membawa maksud  khusus.

9. Yang ini paling jelas kelihatan seperti robot Optimus Prime

10. Berbanding yang lain, Dekotora ini tampil ringkas tanpa modifikasi berlebihan bahkan kelihatan seperti iklan bergerak.

Dekotora menumpukan kepada modifikasi seni persembahan lori-lori besar yang mana kebanyakannya memilih pemasangan lampu yang banyak dan bahagian kepala didominasi elemen krom berkilat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here