Tayang aksi wheeli bersama anak, pihak polis keluarkan tiga saman

1201

Polis Johor Bahru Utara menahan seorang penunggang motosikal yang membuat aksi ‘wheelie’ bersama seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai anaknya sendiri.

Penahanan itu dibuat susulan videonya berdurasi 36 saat itu tular di media sosial dan mendapat kecaman netizen kerana perbuatan tersebut ternyata mampu mengundang padah.



Difahamkan, tujuan aksi wheelie tersebut dilakukan adalah untuk meraih perhatian warganet dan telah dimuat naik ke dalam akaun Facebooknya peribadinya.

Dalam kes ini, sebanyak tiga saman telah dikeluarkan melibatkan kesalahan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikuti spesifikasi, tidak memakai topi keledar dan cukai jalan tamat tempoh.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mana jika sabit kesalahan seseorang itu boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi RM15,000.

“Sekiranya ini adalah sabitan kedua, suspek juga boleh dikenali hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here