Litar Mandalika terbaik dari litar Sepang, tetapi kenapa pula boleh mengelupas?

6043

Tidak dinafikan litar Mandalika merupakan trek perlumbaan yang tercantik di dunia, dan dikatakan menggunakan trek yang terbaik yang pernah digunakan di litar terbesar dunia seperti litar Silverstone dan litar Philip Island.

Bahkan trek tersebut lebih baik dari yang digunakan di litar Sepang, Malaysia. Namun yang menjadi persoalanya adalah mengapa litar tersebut menjadi mengelupas ketika digunakan untuk sesi percubaan pramusim MotoGP 2022 baru-baru ini.



Litar tersebut juga dipenuhi lumpur dan kotor, sehingga menerima kritikan banyak pihak yang dilihat litar tersebut seolah-olah tidak bersedia sepenuhnya untuk menganjurkan sukan permotoran yang berprestij itu.

Menurut PT Pembangunan Perumahan (PP) selaku pihak kontraktor utama dalam pembangunan litar Mandalika berkata, pembangunan trek tersebut sudah dilakukan sesuai standard yang ditetapkan dan mengakui memang ada beberapa bahagian trek menjadi mengelupas.

“Trek sepanjang (4,32 km) itu, kita sudah lakukan dengan cukup teliti, itu barangkali ada tempat-tempat tertentu yang kurang diberi perhatian menyebabkan batu-batu timbul pada pemukaan trek.

Namun, bahagian permukaan trek yang mengelupas tersebut bukanlah sesuatu masalah yang besar dan boleh diperbaiki sebelum ianya berlangsung. Selain itu, ia tidak melibatkan di trek utama.

PT PP sebagai pihak yang bertanggungjawab yang membangun litar utama Mandalika menjamin kualiti keadaan litar tersebut akan dipertingkatkan sebelum ianya berlangsung pada 18-20 Mac 2022.

Sumber: detik.com

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here