[Video] Isteri kongsi kisah hidup bermadu di TikTok, suami siap belikan kereta setiap seorang

2038

Menerusi satu perkongsian seorang wanita, yang juga seorang isteri berkongsi cerita di TikTok mengenai kehidupannya bersama suami serta tiga orang madu yang lain.

Rata-rata netizen yang memuji tindakan suami tersebut kerana dikatakan bertanggungjawab dalam menyediakan keperluan buat setiap isteri-isterinya dengan bijak dan adil dalam pelbagai aspek terutamanya dari segi layanan kasih sayang serta nafkah terhadap kesemua isterinya.



Menerusi klip video yang dimuat naik, suaminya dikatakan akan bergilir-gilir pulang ke rumah isteri-isterinya setiap dua minggu.

“Macam ini la kalau hidup bermadu.

“Suami sorang kena gilir setiap dua minggu pergi rumah seorang isteri,” katanya.

Menurut Dyla, apabila tiba gilirannya untuk bersama suami, dia perlu mengambil suaminya dari rumah madunya untuk dibawa pulang. Tindakan berkenaan perlu juga dilakukan oleh madunya yang lain selepas dua minggu berikutnya.

“Setiap giliran isteri kena datang ambil sendiri suami. Setiap isteri, suami dah belikan kereta seorang satu,” ujarnya.

Selain itu, melihat ketabahan Dyla dalam menempuhi kehidupan bermadu, rata-rata orang ramai kagum dengan kecekalan hatinya.

“Alhamdulillah, walaupun macam itu, dia ada tanggungjawab. Suami puan buat semuanya, sebelum ini selalu kita dengan suami yang ada ramai isteri kurang berlaku adil.

“Orang kuat sahaja mampu bermadu, tahniah kak, saya tak mampu sebab takut ada cemburu melampau atau tak mampu kawal, lebih baik ada satu sahaja.

“Tahniah kak, awak memang kental, saya tak mampu, bila orang datang dalam hidup saya nak kongsi suami, saya pilih untuk lepaskan suami saya, saya tak mampu untuk ikhlaskan.

@dylazahid

tak semua nak hidup macamni

♬ suara asli – Hi, ini meme – 𝑴𝒆𝒎𝒆𝒊𝒏𝒊𝒎𝒆𝒎𝒆🐹🐿

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here