EON melancarkan pusat Proton 3S-Platinum pertama di Alor Setar

1388

Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) secara rasmi membuka pusat PROTON 3S baharu di Alor Setar yang merupakan pusat 3S-Platinum pertama EON, dan pusat EON-PROTON yang kesepuluh di negara ini, menjadikan EON rangkaian pengedar terbesar pembuat kereta nasional ini.

Terletak di Pusat Komersial Souq di Timur-Laut bandar Alor Setar ini mudah diakses melalui Jalan Tun Abdul Razak, yang dikelilingi oleh institusi pendidikan seperti Universiti Antarabangsa AlBukhary dan Sekolah Antarabangsa AlU, dan pusat membeli-belah dengan kemudahan seperti pasaraya, Bank Muamalat, Pos Malaysia dan kawasan destinasi popular yang disukai oleh penduduk tempatan dan pengunjung.



Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Akkbar Danial, berkata beliau yakin EON akan terus berkembang maju di Kedah dan di seluruh wilayah Utara.

“Pelancaran EON 3S-Platinum di Alor Setar ini telah menguatkan komitmen EON untuk mengukuhkan kehadiran PROTON di negara ini, terutamanya di wilayah Utara.

“Ini adalah sebahagian daripada rancangan perluasan perniagaan EON dan usaha berterusan untuk memenuhi keperluan pasaran kereta Malaysia yang semakin berkembang,” kata Akkbar.

Dengan keluasan binaan 35,992 kaki persegi, pusat Proton EON 3S-Platinum ini boleh mempamirkan sehingga tujuh buah kereta, dan mempunyai ruang istirahat pelanggan yang luas dan selesa dilengkapi dengan kemudahan.

EON merupakan Pengedar PROTON terbesar di Malaysia, dengan pengedaran di bahagian Tengah, Selatan dan Utara Malaysia. EON mengutamakan pembangunan rangkaian dan penambahbaikan cawangan sebagai sebahagian daripada strategi untuk menaikkan jualan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here