Dapat baucer RM5 dengan kumpul 100 mata Bonuslink di Shell

625

Shell terus memberikan ganjaran ekstra kepada pelanggan apabila meneruskan kempen “Every Little Point Counts” dengan kerjasama Bonuslink. 

Hanya 100 point standard Bonuslink, pelanggan akan menerima baucar RM5 Shell sepanjang kempen ini bermula dari 1 Mac hingga 31 April 2022. 

Anda hanya perlu berbelanja ke atas bahan api Shell, snek di Shell Select atau pastri di Deli2Go bersama minuman Costa Coffee, anda kemudian akan menerima e-baucar RM5 menerusi aplikasi BLINK apabila 100 poin berjaya dikumpulkan. 



Baucar itu boleh membolehkan pelanggan untuk membeli keperluan di stesen minyak Shell sebelum kembali memulakan perjalanan. 

Pelanggan boleh mula mengumpul poin dengan mendaftar Bonuslink di stesen-stesen Shell terdekat atau muat turun aplikasi BLINK daripada Apple Store atau Google Play Store.

Pengguna kali pertama akan menerima baucar RM4 ketika mendaftar dan ekstra 100 poin apabila memintas kod rujukan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here