‘Wheelie’ serta pecut 285km/j di jambatan kedua Pulau Pinang, rupanya seorang cikgu

646

Baru-baru ini tular video yang memamparkan beberapa buah motosikal berkuasa tinggi yang didapati menunggang secara berbahaya di jambatan kedua Pulau Pinang.

Tindakan berbahaya itu telah mendapat pelbagai respon dan kritikan daripada netizen.



Namun, berikutan daripada video tular itu, satu laporan diterima dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut laporan akhbar tempatan, suspek yang memuat naik video tersebut pada 13 Disember 2021 dikesan berada di Kuala Lumpur.

Pihak polis yang berjaya mengenal pasti nombor pendaftaran dan mengesan salah seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang difahamkan individu tersebut merupakan seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

Menurut sumber, pihak polis telah menghubungi suspek dan siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan. Namun setakat ini, tiada tangkapan dibuat terhadap suspek.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here